Posts

Showing posts from January, 2018

Latihan Cakap Ajuk Cakap Pindah

Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan  cakap pindah. Latihan 1: “ Bagaimana dengan rancangan awak ? “ tanya Salleh. “ Rancangan apa? “ jawab Ani. “ Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, “ kata Salleh. “ Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. “ jelas Ani. “ Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu ! “ Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu. Salleh bertanya kepada Ani tentang rancangannya. Ani meminta penerangan tentang rancangan yang ditanya Salleh. Salleh menjelaskan kepada Ani tentang rancangan Ani mendaki gunung yang diberitahu Ani dahulu. Ani menjelaskan bahawa rancangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat pada Sabtu hadapan. Salleh memuji dan menyokong rancangan Ani. Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu. Latihan 2: “Ani tak ada sapa-sapa. Ani sorang…” “Ani tak boleh tinggal  sini.Di  sini bahaya,” kata Tuk ...

Latihan Kesalahan Imbuhan & Ejaan

Pengusha  ternakan ayam diminta tidak menjual ayam ternakan mereka dengan harga tinggi  suka hati  kepada pemborong ayam. Ejaan : Pengusha → Pengusaha Imbuhan : suka hati → sesuka hati Pembenaan  jambatan di kampung itu tergendala selama  berapa  bulan kerana masalah bekalan simen. Ejaan : Pembenaan → Pembinaan Imbuhan : berapa → beberapa Junainah hanya terdiam diri apabila disindir oleh rakan setugasnya kerana dia tidak mahu  membesar-besarkan  cerita yang dianggap  rimih  itu. Ejaan : rimih → remeh Imbuhan : membesar-besarkan → memperbesar-besarkan Perompak yang sangat  merbahaya  itu  Berjaya  diberkas berdasarkan bukti yang ditemui oleh pihak polis. Ejaan : Berjaya → berjaya Imbuhan : merbahaya → berbahaya Semua pelajar di sekolah itu diwajibkan  melibat  diri dalam kegiatan  ko-kurikulum  yang dijalankan. Ejaan : ko-kurikulum → kokurikulum Imbuhan : melibat → ...

Latihan Tatabahasa & Istilah

1. “ Adakah  menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?” tanya para peserta  perlawanan  memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut. Istilah: perlawanan → pertandingan Tatabahasa: Adakah → Apakah 2. Bapa saudaranya memperoleh  pendapat  yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dia  buat . Istilah: buat → masak Tatabahasa: pendapat → pendapatan 3. Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak  sempadan , tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik  dari  seorang pemuda lagi. Istilah: sempadan → sepadan Tatabahasa: dari → daripada 4. Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa  di  mahkamah di atas tuduhan  memalapkan  wang syarikat tersebut. Istilah: memalapkan → menggelapkan Tatabahasa: di → ke 5. Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan  menjajah  ke seluruh negeri Melaka yang  syarikat itu anjurkan .  Istilah: menjajah → menjel...