Latihan Kesalahan Imbuhan & Ejaan
- Pengusha ternakan ayam diminta tidak menjual ayam ternakan mereka dengan harga tinggi suka hati kepada pemborong ayam.
Ejaan : Pengusha → Pengusaha
Imbuhan : suka hati → sesuka hati
- Pembenaan jambatan di kampung itu tergendala selama berapa bulan kerana masalah bekalan simen.
Ejaan : Pembenaan → Pembinaan
Imbuhan : berapa → beberapa
- Junainah hanya terdiam diri apabila disindir oleh rakan setugasnya kerana dia tidak mahu membesar-besarkan cerita yang dianggap rimih itu.
Ejaan : rimih → remeh
Imbuhan : membesar-besarkan → memperbesar-besarkan
- Perompak yang sangat merbahaya itu Berjaya diberkas berdasarkan bukti yang ditemui oleh pihak polis.
Ejaan : Berjaya → berjaya
Imbuhan : merbahaya → berbahaya
- Semua pelajar di sekolah itu diwajibkan melibat diri dalam kegiatan ko-kurikulum yang dijalankan.
Ejaan : ko-kurikulum → kokurikulum
Imbuhan : melibat → melibatkan
- Walau pun telah lama berada di luar Negara, sikap Daud yang keanak-anakmasih tidak berubah.
Ejaan : Walau pun → Walaupun
Imbuhan : keanak-anak → keanak-anakan
- Satu lapuran lengkap tentang kejadian kemalangan yang dilibatkan bas ekspres itu diserahkan kepada Menteri Pengangkutan.
Ejaan : lapuran → laporan
Imbuhan : dilibatkan → melibatkan
- Kosmitik yang dibuat daripada bahan yang beracun tidak dibenarkan jualan di negara ini.
Ejaan : Kosmitik → Kosmetik
Imbuhan : jualan → dijual
- Kedudukkan Lim Ah Boon di syarikat ayahnya dicemburu oleh adik-beradiknya.
Ejaan : Kedudukkan → Kedudukan
Imbuhan : dicemburu → dicemburui
- Panel hakim memutuskan pihak pembangkang menang dalam debatan itu kerana pihak pencadang gagal mengemukakan definasi tajuk perbahasan dengan tepat.
Ejaan : definasi → definisi
Imbuhan : debatan → perdebatan
- Beranika jenis barang dijual di kedai yang meletak di hujung jalan itu dan harga yang ditawarkan berpatutan juga.
Ejaan : Beranika → Beraneka
Imbuhan : meletak → terletak
- Pelancung asing yang dating ke majlis kebudayaan itu turut terhibur oleh persembahan tarian asli yang ditontonkan.
Ejaan : Pelancung → Pelancong / dating → datang
Imbuhan : ditontonkan → dipertontonkan
- Calun lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran diingatkan supaya menyertakan semua salinan sijil yang telah disah oleh pihak sekolah.
Ejaan : Calun → Calon
Imbuhan : disah → disahkan
- Kehabisan peterol menyebabkan pelumba kereta dari Ghana itu tidak dapat menamatkan perlumbaan kerana suntuk masa.
Ejaan : peterol → petrol
Imbuhan : suntuk → kesuntukan
- Peninju yang berbadan gempal itu berjaya tumbang pencabarnya pada pusingan yang kelima.
Ejaan : –
Imbuhan : tumbang → menumbangkan
- Oleh sebab dia menghadap masalaah kewangan, dia terpaksa menolak tawaran yang diberikan oleh pegawai harta tanah itu.
Ejaan : masalaah → masalah
Imbuhan : menghadap → menghadapi
- Masih banyak orang yang mempercayai kaedah perubatan tradesional kerana mereka menganggap kaedah tersebut mampu menyembuhi pelbagai penyakit kronik.
Ejaan : tradesional → tradisional
Imbuhan : menyembuhi → menyembuhkan
- Runtuh akhlak dalam kalangan remaja mengakibatkan ramai remaja tersebut terjebak dengan gejala gengsterisma.
Ejaan : gengsterisma → gengsterisme
Imbuhan : Runtuh → Keruntuhan
- Lepasan sekolah teknik dan vokaysional akan diberi peluang bagi menceburidiri dalam bidang perniagaan dan industri kecil.
Ejaan : vokaysional → vokasional
Imbuhan : menceburi → menceburkan
- Walaupun tewas tetapi pasukan bola sepak remaja kebangsaan mempamirkanpermainan yang menarik dan penuh semangat sukan.
Ejaan : mempamirkan → mempamerkan
Imbuhan : sukan → kesukanan
- Kanak-kanak itu bertepok tangan sebaik-baik sahaja persembahan nyanyian sempena disambut kemerdekaan tanah air selesai.
Ejaan : bertepok → bertepuk
Imbuhan : disambut → sambutan
- Selepas upacara peresmian dewan, pegawai daerah itu dibawa lawatan ke bilik seminar.
Ejaan : peresmian → perasmian
Imbuhan : lawatan → melawat
- Pendidikan pra-sekolah dikenalkan kepada kanak-kanak dalam lingkungan usia 4 hingga 6 tahun bagi tujuan mendedahkan mereka pada persekitaran sosial.
Ejaan : pra-sekolah → prasekolah
Imbuhan : dikenalkan → diperkenalkan
- Atlit yang mewakili negara dalam Sukan Asia akan menerima imbuhan sekiranya menangi pingat dalam acara yang disertai.
Ejaan : Atlit → Atlet
Imbuhan : menangi → memenangi
- Pemandu teksi di ibu kota sudah biasa diperangkap dalam kesesakan jalanraya terutama pada waktu puncak.
Ejaan : jalanraya → jalan raya
Imbuhan : diperangkap → terperangkap
- Pilihan raya kecil di kawasan itu bakal mengadakan berikutan kematian ahli parlimennya pada awal minggu lepas.
Ejaan : –
Imbuhan : mengadakan → diadakan
- Kami singgah di Restoren Dusun untuk menikmati pelbagai hidangan dan masak tradisional Melayu pada minggu yang lalu.
Ejaan : Restoren → Restoran
Imbuhan : masak → masakan
- Lima orang lelaki yang disyaki mencolek anak hartawan itu telah tertangkapoleh pihak polis di sebuah gudang kosong yang terletak di Ipoh.
Ejaan : mencolek → menculik
Imbuhan : tertangkap → ditangkap
- Kelayakkan dalam bidang perakaunan sangat penting kepada seseorang yang ingin melibat diri dalam lapangan perniagaan.
Ejaan : Kelayakkan → Kelayakan
Imbuhan : melibat → melibatkan
- Majlis pelancaran album baharu penyanyi popular itu telah diadakan secara besar-besar di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.
Ejaan : pelancaran → perlancaran
Imbuhan : besar-besar → besar-besaran
- Jabatan Alam Sekitar akan bertindak tegas kepada mana-mana pehak yang melakukan kebakaran secara terbuka untuk menangani masalah jerebu yang semakin meruncing.
Ejaan : pehak → pihak
Imbuhan : kebakaran → pembakaran
- Jabatan Pengangkutan Jalan akan menguatkuasa undang-undang dari semasa ke semasa untuk mendisplinkan pengguna jalan raya terutama pada musim perayaan.
Ejaan : mendisplinkan → mendisiplinkan
Imbuhan : menguatkuasa → menguatkuasakan
- Sebagai anak, kita mestilah sentiasa menjaga marwah keluarga dengan menghindari diri daripada perbuatan yang mengaibkan keluarga.
Ejaan : marwah → maruah
Imbuhan : menghindari → menghindarkan
- Penduduk Kampung Permai sedang bergotong royong untuk memperlebarkanjalan kerana bilangan kenderaan yang melalui kampung itu semakin bertambah.
Ejaan : bergotong royong → bergotong-royong
Imbuhan : memperlebarkan → memperlebar
- Dalam majlis itu, pelbagai persembahan telah mengadakan sempena hari keputeraan baginda yang ke 52 tahun.
Ejaan : ke 52 → ke-52
Imbuhan : mengadakan → diadakan
- Mereka kesali sikap pihak kontrekter yang tidak dapat menyiapkan projek perumahan tersebut mengikut jadual yang terdapat dalam butir-butir perjanjian.
Ejaan : kontrekter → kontraktor
Imbuhan : kesali → menyesali
- Untuk mempastikan komputer sentiasa selamat samada daripada serangan virus atau daripada penceroboh sistem komputer, beberapa panduan telah disediakan oleh pembekal.
Ejaan : samada → sama ada
Imbuhan : mempastikan → memastikan
- “Saya mempunyai kaki tangan yang berpengalaman luas dalam bidang kecantikan termasuk khidmatan menggunting rambut,” katanya dengan ramah.
Ejaan : kaki tangan → kakitangan
Imbuhan : khidmatan → perkhidmatan
- Dalam perhimpunan raksaksa itu, Perdana Menteri telah menasihatkan rakyat supaya sentiasa bersatu padu untuk mengekalkan perpaduan yang sudah terjalin sekian lama.
Ejaan : raksaksa → raksasa
Imbuhan : menasihatkan → menasihati
- Untuk membenteras kejadian jenayah yang semakin berleluasa, pihak kerajaan mestilah memperbesarkan pasukan anggota polis dengan menambahkan bilangan anggotanya.
Ejaan : membenteras → membanteras
Imbuhan : memperbesarkan → memperbesar
- Dalam sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke 51 itu, pelbagai acara telah dirancangkan termasuk acara boria yang akan disembahkan oleh peserta dari negeri Pulau Pinang.
Ejaan : ke 51 → ke-51
Imbuhan : disembahkan → dipersembahkan
- Semua ejensi kerajaan diarahkan bergabung untuk menjalani kajian bagi mencari punca sebenarnya yang menyebabkan berlakunya banjir besar sejak beberapa hari yang lalu.
Ejaan : ejensi → agensi
Imbuhan : menjalani → menjalankan
- Kerajaan menggubalkan sesuatu dasar pertanian berasaskan keperluan negara dengan mengambil kira masa depan sektor pertanian supaya sektor berkenaan dapat diurus dengan lebih efisyen.
Ejaan : efisyen → efisien
Imbuhan : menggubalkan → menggubal
- Sistem perkhidmatan kaunter yang disediakan di semua stesyen bas ekspres telah dikenali bagi memudahkan pengguna serta meningkatkan perkhidmatan pengangkutan di negara kita.
Ejaan : stesyen → stesen
Imbuhan : dikenali → diperkenalkan
- Bersempena dengan sambutan hari ibu, kita digalakkan untuk menghadiahkan ibu kita dengan hadiah yang bertujuan untuk mengenang jasa mereka membesar kita sehingga dewasa.
Ejaan : digalakkan → digalakan
Imbuhan : membesar → membesarkan
- Kementerian Pelajaran mendapati bahawa perlaksanaan dasar bahasa Inggeris dalam matapelajaran sains dan matematik perlu dikaji semula untuk memperbaiki kelemahan yang timbul.
Ejaan : matapelajaran → mata pelajaran
Imbuhan : perlaksanaan → pelaksanaan
- Berita tentang kejayaan seorang pengkaji sejarah menemui pusara lama berusia 3000 tahun di pinggir sungai itu telah merebak ke seloroh negara.
Ejaan : seloroh → seluruh
Imbuhan : menemui → menemukan
Comments
Post a Comment