Latihan Pengukuhan Tatabahasa 2018 II
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
(i) cakar
Walaupun tangan kakak penuh dengan parut cakar kucing, namun dia tetap sayang akan kucing peliharaannya itu.
(ii) mencakar
Ibu memarahi Danish kerana mencakar pipi adiknya semasa dia sedang tidur.
(iii) bercakaran
Dua orang lelaki sedang bercakaran di dalam kedai itu akibat salah faham semasa membeli barang.
(iv) bunyi
Kami terdengar bunyi yang menyeramkan semasa berjalan di hadapan rumah usang itu.
(v) berbunyi
Masalah kipas berbunyi ketika berpusing menyebabkan Hana sukar untuk tidur pada waktu malam.
(vi) sebunyi
Bunyi jam loceng saya sebunyi dengan jam loceng kepunyaan Qhausar.
(i) Kemahiran berfikir secara kriatif dapat mentakrifkan sebagai keupayaan minda dan pemikiran seseorang untuk meneroka pelbagai ilmu.
kriatif- kreatif
mentakrifkan- ditakrifkan
(ii) Usia remaja merupakan antara waktu terbaik untuk pembentukan kemahiran berkomunikasi secara interpersonel.
interpersonel- interpersonal
pembentukan- membentuk
(iii) Syarikat tersebut telah menghasil sos cili yang amat sedap dimakan bersama dengan udang goring dan keropok lekor.
goring- goreng
menghasil- menghasilkan
sangat penting sekali- sangat penting
kekotoran-keracunan
berkuantiti- berkualiti
bukan- tidak
habis- luput
Peralatan-peralatan- Peralatan
1. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua
2. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna
3. Orang lain makan nangka, orang lain yang terkena getahnya
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) cakar
Walaupun tangan kakak penuh dengan parut cakar kucing, namun dia tetap sayang akan kucing peliharaannya itu.
(ii) mencakar
Ibu memarahi Danish kerana mencakar pipi adiknya semasa dia sedang tidur.
(iii) bercakaran
Dua orang lelaki sedang bercakaran di dalam kedai itu akibat salah faham semasa membeli barang.
(iv) bunyi
Kami terdengar bunyi yang menyeramkan semasa berjalan di hadapan rumah usang itu.
(v) berbunyi
Masalah kipas berbunyi ketika berpusing menyebabkan Hana sukar untuk tidur pada waktu malam.
(vi) sebunyi
Bunyi jam loceng saya sebunyi dengan jam loceng kepunyaan Qhausar.
(b) Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.
Siti bertanya kepada Faiz, “Mengapakah awak tidak menghadiri latihan zapin semalam?” “Kaki saya sakit kerana saya terjatuh di tangga semalam,” kata Faiz kepada Siti. Lantas Siti bertanya kepada Faiz, “Bagaimana awak boleh jatuh tangga?” “Saya tidak perasan ada satu anak tangga lagi sewaktu menuruni tangga rumah datuk saya,” Faiz menjawab pertanyaan Siti. Lalu Siti berkata lagi kepada Faiz, “Faiz, saya fikir lebih baik awak pergi berurut untuk membetulkan urat saraf awak.” “Baiklah, saya akan pergi berurut di kampung sebelah pada petang nanti,” Faiz berkata kepada Siti.
Siti menanyakan kepada Faiz sebab dia tidak menghadiri kelas zapin pada hari semalam. Faiz berkata bahawa dia terjatuh di tangga semalam dan kakinya sakit. Kemudian, Siti bertanya kepada Faiz punca dia terjatuh di tangga. Faiz menjawab bahawa dia tidak menyedari terdapat satu anak tangga lagi semasa menuruni tangga rumah datuknya. Siti menyarankan kepada Faiz supaya dia pergi berurut untuk membetulkan urut sarafnya. Faiz bersetuju dan menyatakan bahawa dia akan pergi berurut di kampung sebelah pada waktu petang nanti.
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
kriatif- kreatif
mentakrifkan- ditakrifkan
(ii) Usia remaja merupakan antara waktu terbaik untuk pembentukan kemahiran berkomunikasi secara interpersonel.
interpersonel- interpersonal
pembentukan- membentuk
(iii) Syarikat tersebut telah menghasil sos cili yang amat sedap dimakan bersama dengan udang goring dan keropok lekor.
goring- goreng
menghasil- menghasilkan
(d) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda juga tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Penyediaan makanan yang mematuhi standard pemakanan sangat penting sekali bagi mengatasi isu pengguna mengalami kekotoran makanan. Peralatan-peralatan memasak seperti periuk, kuali, pisau dan sudip mestilah berada dalam keadaan bersih. Selain itu, bahan masakan juga haruslah berada dalam keadaan segar, berkuantiti dan bukan melepasi tarikh habis ataupun dalam keadaan yang terdedah dengan kekotoran.
sangat penting sekali- sangat penting
kekotoran-keracunan
berkuantiti- berkualiti
bukan- tidak
habis- luput
Peralatan-peralatan- Peralatan
(e) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang bersesuaian dalam petikan tersebut.
Kes salah laku pelajar di sekolah hendaklah disiasat dengan teliti supaya mereka tidak menjatuhkan hukuman kepada pelajar yang tidak bersalah. Walaupun pelajar yang melakukan kesalahan-kesalahan itu bijak mengelakkan diri, namun guru pasti dapat membongkar kegiatan mereka suatu hari nanti. Pelajar yang menimbulkan masalah ini sepatutnya memikirkan baik dan buruknya perbuatan mereka agar tidak menyesal pada hari kemudian.
2. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna
3. Orang lain makan nangka, orang lain yang terkena getahnya
Comments
Post a Comment