Laporan IFSC 2018
Laporan Program International Future Scientist Conference (iFSC) 2018 Pada 24 Julai hingga 26 Julai 2018 yang lalu, Kolej Permata Pintar telah menganjurkan program International Future Scientist Conference (iFSC) kali ketujuh di Pusat PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Program ini telah disertai oleh semua pelajar Kolej Permata Pintar dan juga pelajar-pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia. Pada hari pertama program International Future Scientist Conference, para peserta dari pelbagai sekolah telah tiba di auditorium Pusat PERMATApintar pada waktu tengah hari untuk mendaftar dan seterusnya menyertai majlis perasmian. Seperti tahun-tahun sebelum ini, para pelajar dari negara Jepun telah menyertai program iFSC pada tahun ini. Para peserta mula sibuk menghias papan pameran masing-masing kerana tetamu-tetamu kehormat akan melawat mereka pada petang itu. Majlis Perasmian...