Posts

Showing posts from September, 2018

Latihan Pengukuhan Tatabahasa 2018 II

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa (a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham  akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i)  cakar Walaupun tangan kakak penuh dengan parut cakar kucing, namun dia tetap sayang akan kucing peliharaannya itu. (ii)  mencakar Ibu memarahi Danish kerana mencakar pipi adiknya semasa dia sedang tidur. (iii)  bercakaran Dua orang lelaki sedang bercakaran di dalam kedai itu akibat salah faham semasa membeli barang. (iv)  bunyi Kami terdengar bunyi yang menyeramkan semasa berjalan di hadapan rumah usang itu. (v)  berbunyi Masalah kipas berbunyi ketika berpusing menyebabkan Hana sukar untuk tidur pada waktu malam. (vi)  sebunyi Bunyi jam loceng saya sebunyi dengan jam loceng kepunyaan Qhausar. (b) Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk karan...

Latihan Pengukuhan Tatabahasa 2018 I

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa (a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i)  pulang  Ibu dan ayah memarahi Syasya kerana pulang ke rumah pada lewat malam. (ii)  pulangan Perniagaan roti jala yang diusahakan oleh Mak Lena memberi pulangan yang menguntungkan. (iii)  memulangkan Damia meminta Mira untuk memulangkan novel yang dipinjamya secepat mungkin. (iv)  mansuh Topik mengenai mansuh PTPTN semakin hangat dibincangkan di kaca televisyen dan media sosial. (v)  pemansuhan Kerajaan akan membayar pampasan bagi pemansuhan kutipan tol di Semenanjung Malaysia. (vi)  memansuhkan Kerajaan telah memansuhkan peraturan pemakaian kasut putih ke sekolah pada hari ini. (b) Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk karangan biasa deng...