Posts

Latihan Pengukuhan Tatabahasa 2018 II

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa (a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham  akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i)  cakar Walaupun tangan kakak penuh dengan parut cakar kucing, namun dia tetap sayang akan kucing peliharaannya itu. (ii)  mencakar Ibu memarahi Danish kerana mencakar pipi adiknya semasa dia sedang tidur. (iii)  bercakaran Dua orang lelaki sedang bercakaran di dalam kedai itu akibat salah faham semasa membeli barang. (iv)  bunyi Kami terdengar bunyi yang menyeramkan semasa berjalan di hadapan rumah usang itu. (v)  berbunyi Masalah kipas berbunyi ketika berpusing menyebabkan Hana sukar untuk tidur pada waktu malam. (vi)  sebunyi Bunyi jam loceng saya sebunyi dengan jam loceng kepunyaan Qhausar. (b) Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk karan...

Latihan Pengukuhan Tatabahasa 2018 I

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa (a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i)  pulang  Ibu dan ayah memarahi Syasya kerana pulang ke rumah pada lewat malam. (ii)  pulangan Perniagaan roti jala yang diusahakan oleh Mak Lena memberi pulangan yang menguntungkan. (iii)  memulangkan Damia meminta Mira untuk memulangkan novel yang dipinjamya secepat mungkin. (iv)  mansuh Topik mengenai mansuh PTPTN semakin hangat dibincangkan di kaca televisyen dan media sosial. (v)  pemansuhan Kerajaan akan membayar pampasan bagi pemansuhan kutipan tol di Semenanjung Malaysia. (vi)  memansuhkan Kerajaan telah memansuhkan peraturan pemakaian kasut putih ke sekolah pada hari ini. (b) Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk karangan biasa deng...

Laporan IFSC 2018

Laporan Program International Future Scientist Conference (iFSC) 2018           Pada 24 Julai hingga 26 Julai 2018 yang lalu, Kolej Permata Pintar telah menganjurkan program International Future Scientist Conference (iFSC) kali ketujuh di Pusat PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Program ini telah disertai oleh semua pelajar Kolej Permata Pintar dan juga pelajar-pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia.           Pada hari pertama program International Future Scientist Conference, para peserta dari pelbagai sekolah telah tiba di auditorium Pusat PERMATApintar pada waktu tengah hari untuk mendaftar dan seterusnya menyertai majlis perasmian. Seperti tahun-tahun sebelum ini, para pelajar dari negara Jepun telah menyertai program iFSC pada tahun ini.  Para peserta mula sibuk menghias papan pameran masing-masing kerana tetamu-tetamu kehormat akan melawat mereka pada petang itu. Majlis Perasmian...

Rumusan

                    Petikan membincangkan kebaikan penubuhan khas bagi membantu pesakit kronik di Malaysia.               Kebaikan penubuhan khas bagi membantu pesakit kronik ialah membolehkan pesakit-pesakit kronik mendapat bantuan kewangan dan dapat membiayai rawatan segera. Masyarakat dapat menyalurkan sumbangan secara sistematik kepada badan berkenaan serta bantuan dapat disalurkan secara lebih tersusun, terhormat dan telus. Gagasan masyarakat penyayang dapat dilihat lebih adil, proaktif dan komprehensif malah pesakit kronik tidak perlu memainkan sentimen simpati orang ramai melalui media.                                    Antara sebab penubuhannya ialah  supaya bantuan orang ramai tidak diselewengkan dan membantu golongan pesakit kronik yang miskin menirima bantuan bagi mendapatkan rawatan.   ...

Latihan Cakap Ajuk Cakap Pindah

Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan  cakap pindah. Latihan 1: “ Bagaimana dengan rancangan awak ? “ tanya Salleh. “ Rancangan apa? “ jawab Ani. “ Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, “ kata Salleh. “ Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. “ jelas Ani. “ Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu ! “ Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu. Salleh bertanya kepada Ani tentang rancangannya. Ani meminta penerangan tentang rancangan yang ditanya Salleh. Salleh menjelaskan kepada Ani tentang rancangan Ani mendaki gunung yang diberitahu Ani dahulu. Ani menjelaskan bahawa rancangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat pada Sabtu hadapan. Salleh memuji dan menyokong rancangan Ani. Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu. Latihan 2: “Ani tak ada sapa-sapa. Ani sorang…” “Ani tak boleh tinggal  sini.Di  sini bahaya,” kata Tuk ...

Latihan Kesalahan Imbuhan & Ejaan

Pengusha  ternakan ayam diminta tidak menjual ayam ternakan mereka dengan harga tinggi  suka hati  kepada pemborong ayam. Ejaan : Pengusha → Pengusaha Imbuhan : suka hati → sesuka hati Pembenaan  jambatan di kampung itu tergendala selama  berapa  bulan kerana masalah bekalan simen. Ejaan : Pembenaan → Pembinaan Imbuhan : berapa → beberapa Junainah hanya terdiam diri apabila disindir oleh rakan setugasnya kerana dia tidak mahu  membesar-besarkan  cerita yang dianggap  rimih  itu. Ejaan : rimih → remeh Imbuhan : membesar-besarkan → memperbesar-besarkan Perompak yang sangat  merbahaya  itu  Berjaya  diberkas berdasarkan bukti yang ditemui oleh pihak polis. Ejaan : Berjaya → berjaya Imbuhan : merbahaya → berbahaya Semua pelajar di sekolah itu diwajibkan  melibat  diri dalam kegiatan  ko-kurikulum  yang dijalankan. Ejaan : ko-kurikulum → kokurikulum Imbuhan : melibat → ...